Latar Belakang Sekolah


SEJARAH SEKOLAH

          Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 telah mula ditubuhkan sejak tahun 1972 dengan menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 1 sehingga 1983.  Ianya terletak kira-kira 2 km ke pusat bandar Kota Bharu . Nama Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail 3 (SKSI 3) adalah nama yang telah diambil sempena KDYMM Al-Sultan Kelantan iaitu Sultan Ismail Petra. 

          Pada tahun 1983 adalah tahun yang penuh bersejarah kerana SKSI 3 mula beroperasi sepenuhnya di bangunan sendiri .  SKSI 3 adalah sebuah sekolah satu seisi dan menerima pelajar perempuan dan lelaki. Guru Besar Perintis SK Sultan Ismail 3 ialah Tn. Hj. Sulaiman kemudian diambil alih oleh Tn. Hj. Ghazali Bin Ahmad diikuti oleh Tn. Hj Mohd Nawawi Bin Min. Bermula 16 Julai 2007, sekolah ini dipimpin oleh guru besar sekarang iaitu Pn. Hjh Rahana Bt Zakaria dibantu oleh Pn Hjh Eshah Bt Shuaib sebagai Pk Pentadbiran, En Tan Woon Por sebagai
Pk Hal Ehwal Murid dan Tn Hj Mohd Khaidir B Mohamed sebagai Pk Ko Kurikulum.

Dari segi kemudahan prasarana pula, SKSI 3 mempunyai 3 blok bangunan yang  terdiri daripada 3 blok bangunan yang mengandungi blok Pentadbiran, bilik darjah, makmal, bengkel , sebuah dewan,kantin,Pusat sumber,Klinik,Bilik Buku Teks,2 kelas pra sekolah, makmal komputer dan surau serta sebuah padang permainan. Namun begitu Pn. Guru Besar dan Barisan Penolong Kanan dan guru-guru bertungkus lumus untuk membangunkan pengurusan sekolah dan pelajar seawalnya.

Pada tahun 2010, jumlah guru ialah seramai 43 orang. Manakala jumlah kelas ialah 27 buah kelas iaitu dari darjah satu hingga darjah enam . Sehingga kini SKSI 3 mempunyai seramai lebih 513 orang pelajar,   diterajui oleh  Guru Besarnya yang baru iaitu Pn Hjh Rahana Bt Zakaria dan di bantu oleh  barisan penolong-penolong kanan dan guru-guru seramai  43 orang  akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi pelajar demi mencapai kecemerlangan dalam pendidikan selaras dengan saranan kerajaan untuk mencapai wawasan 2020.

Harapan yang tinggi kepada SKSI 3 agar dapat menjadikan sekolah ini cemerlang, gemilang dan terbilang.


VISI
“SKSI 3 Menjadi Sekolah Cemerlang 2015”

MISI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MELAHIRKAN PELAJAR YANG BERILMU PENGETAHUAN , BERKETERAMPILAN , BERAKHLAK MULIA , BERTANGGUNGJAWAB SERTA BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA



No comments:

Post a Comment